1. Mempunyai Sifat “Malas” Yang
Menjadi Musuh Utama Kejayaan.
2. Tidak Bermotivasi.
3. Mempunyai Tanggapan Bahawa
Pelajaran Belum Tentu Memberi Jaminan Masa Depan.
4. Menjadikan Seseorang Yang Telah
Gagal Sebagai Idola Atau Model.
5. Tidak Bersedia Menghadapi
Pembelajaran Dalam Bilik Darjah.
6. Tiada Perancangan Untuk Belajar
Dengan Berkesan.
7. Terpengaruh Dengan Rakan-Rakan
Sebaya Yang Menjurus Ke Arah Perkara-Perjara Yang Tidak Baik.
8. Sentiasa Menangguhkan Masa Untuk
Belajar Hingga Ke Saat-Saat Akhir Peperiksaan.
9. Datang Lewat Ke Sekolah Dan Selalu
Ponteng Sekolah.
10. Gagal Menyiapkan Tugasan Yang
Diberi Oleh Guru.
11. Berangan-Angan Dan Sering
Bermain-Main Dalam Bilik Darjah.
12. Tidak Mempunyai Kelengkapan
Persekolahan Yang Lengkap Untuk Proses Pembelajaran.
13. Sentiasa Bermasalah, Suka Mencari
Masalah Dan Mendatangkan Masalah Di Sekolah Dan Luar Sekolah.
14. Melibatkan Diri Dalam Aktiviti
Yang Tidak Sihat Seperti Melepak Dengan Rakan-Rakan Di Bandar-Bandar, Terlibat
Dengan Kegiatan Tidak Bermoral
15. Menjadikan Kemiskinan Penghalang
Kepada Usaha Untuk Berjaya Dalam Pendidikan.
16. Terlalu Berserah Pada Nasib Dan
Tidak Mahu Lagi Berusaha Untuk Mengubah Dirinya.
17. Lebih Banyak Bergantung Kepada
Ibu, Bapa, Guru Dan Rakan-Rakan Untuk Belajar. Tidak Boleh Berdikari.
18. Tidak Ada Perancangan Masa Untuk
Belajar Seperti Mengadakan Jadual Waktu.
19. Sentiasa Beranggapan Bahawa
Peperiksaan Dalam Kelas Adalah Tidak Penting.
20. Tidak Menggunakan Sepenuhnya
Perpustakaan Sebagai Gedung Untuk Mencari Dan Menambahkan Ilmu.
21. Tidak Sanggup Mengorbankan Masa,
Tenaga, Fikiran Dan Wang Ringgit Demi Untuk Pelajaran. Pelajar Seperti Ini
Lebih Sanggup Menghabiskan Wang Mereka Untuk Membeli Majalah-Majalah Hiburan
Atau Komik Kegemaran Mereka.
22. Tidak Menghormati Ibu, Bapa, Guru,
Orang Tua Dan Rakan-Rakan Sekelas.
23. Mementingkan Diri Sendiri Dalam
Apa Sahaja Yang Dilakukan Termasuklah Pembelajaran.
24. Gagal Menunaikan Tanggungjawab
Kepada Allah.
25. Menyalahkan Nasib Dan Takdir Jika
Berlaku Sebarang Masalah. Namun Tidak Pernah Mahu Menyalahkan Diri Sendiri.
26. Cepat Putus Asa Dan Kecewa Apabila
Gagal.
Sumber http://tipsbelajar.wordpress.com/2008/03/15/ciri-ciri-pelajar-yang-gagal/#more-10
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terima kasih karena sudah memberikan kritik maupun saran ...Sukses buat anda.